Saturday, January 14, 2012

RAGAM PERCINTAAN

salam blogger semua,


semenjak 2 menjak ni semakin jiwang tuan punya blog ni..hee..entry kali ini adalah tentang percintaan manusia sesama manusia..tapi pic atas aku letak pic burung..haha..memang tak ada kaitan langsung..anggap pasangan sweetz antara lelaki dan perempuan..baik lah senang ke kalau bercinta??adakah seperti mengunyah gula-gula getah lepas tu buang macam tu saja..tidak sama sekali dalam percintaan..ia memerlukan element-element penting untuk mendapatkan hubungan yang berkekalan..bukan kesempurnaan yang kita cari sebaliknya perubahan yang perlu kita capaikan..



baiklah yang perkara penting yang perlu ada dalam resepi percintaan korang adalah KEJUJURAN..ramai pasangan yang bercinta amat menitik berat kan tentang kejujuran..kalau korang jujur,maka keikhlasan tu akan hadir sikit demi sedikit..jujur setiap apa yang kita miliki dan tidak pernah menipu apa yang kita tidak pernah miliki..itulah jalan terbaik untuk mendapatkan kepercayaan sesama pasangan dalam percintaan..aku tahu korang tak kan menyukai pasangan korang sendiri menipu korang..tidak ada yang suka ditipu betul tak??


seterusnya korang terima apa kelemahan dan kekurangan pasangan korang..sebab tidak ada manusia yang sempurna tapi tidak ada manusia yang tidak boleh berubah..sejahat-jahat manusia jika dia bertaubat maka Allah mengampunkan dosanya..kerana Allah itu Maha pengampunkan..jangan terlalu memaksa pasangan korang dengan apa yang korang inginkan sebab seolah-olah korang tidak pernah bersyukur dengan apa yang korang miliki.."what you got you should thankful about it" ingat tu..



okey yang terakhir, adalah berkaitan korang bercinta untuk apa??yess..macam tak logik kan soalan ni..tapi ia sangat penting seperti kita menanam matlamat,impian dan juga cita-cita kita demi masa depan..bercinta tetapi dengan sebab untuk menjadikan pasangan ke jenjang pelamin..yess..matlamat itulah yang paling terbaik sekali..korang akan sentiasa menjaga hubungan korang berdua sehingga korang berjaya mendirikan rumah tangga bersama..itulah dinamakan korang telah berjaya dalam sebuah percintaan..baru lah korang rasa percintaan korang bermakna..

nampak nya itu saja yang aku inginkan kongsikan..itu adalah pendapat aku..kalau korang ada pendapat lain apa salah korang kongsikan..jangan hanya mengkritik sebalik berkongsi demi kebaikan..ada salah kita betulkan..sharing is caring..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...