Saturday, April 14, 2012

JANGAN MUDAH TERASA

Assalammualaikum bloggers semua,

Apa yang penting sangat entry ni??yess..entry ni memang tersangat penting buat semua sebab kita insan bernama manusia ni tak semua yang hati nya keras macam batu,banyak yang lembut,and mudah tersentuh,tersentap dan semua lah yg berkenaan dengan nya..even aku pun pernah terkena sebab emosi ni terlebih doss..



Hal ini terjadi mungkin disebabkan kepelbagaian laman sosial yang ada kat dalam negara kita ni,kebanyakan zaman teknologi kini,laman sosial menjadi tempat luahan perasaan,it's like diaries untuk mereka..kadang-kadang apa yang disampaikan unmention dan ia menjadikan rakan-rakan anda tertanya-tanya siapa gerangan orang itu??adakah diri mereka??it's truth for yang ambil kisah lah kan..tapi memang ramai yang ambil kisah pun..manusia yang terasa ni sentiasa ad perasaan rendah diri,tak semua mereka sempurna..mereka mungkin ada rase bersalah dengan rakan-rakan mereka,siapa yang boleh sangkakan??hanya tuhan saja yang tahu..




Untuk mengelak semua ini berlaku,apa yang penting korang perlu kurang kan drpd mengupdate status ketidakpuasan hati korang terhadap rakan-rakan korang..memang susah di simpan tapi ia adalah satu cara supaya korang tak menambah musuh dalam selimut korang tu,haha,kalau korang nak buat jugak,korang tukar ayat seperti ayat nasihat,contoh nya : aku benci lah dengan dia!!suka sangat perli aku, tukar lah macam ni, "b'diam diri lebih baik daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati dan perasaan,jika ada hati yang terluka dosa itu pasti,ukhuwah sesama islam juga pasti goyah dan retak berdasarkan emosi"



Agak-agak kalau korang baca ayat atas tu korang terasa??kalau aku tak,ia ayat nasihat yang boleh diterima oleh semua pihak..lagi satu untuk mengelakkan perkara-perkara macam ni berlaku bagi pembaca try untuk menjadi positif..hilangkan negatif tu..penting supaya tidak muncul rasa ketidakpuasan hati atau pun salah sangka,salah faham sesama sendiri,sama ada sesama islam,ataupun agama yang lain..memang ia sukar tapi kita seharusnya mencuba untuk berubah sebelum redha kepada-Nya tapi jangan sesekali berputus asa..orang tua-tua selalu kata "biar bodoh macam mana pun tapi hormat itu sentiasa ada menjadi peneman hidup yang sejahtera"..ada kene mengena ke??haha..


Rasa nya itu sahaja yang aku ingin sampaikan..ini pendapat aku berdasarkan logik akal fikiran..kalau ada kurang nya boleh dikongsi dan diperbaiki..kalau tak suka biar lah komen dengan kata-kata yang bersopan santun..biar dapat diterima dengan hati yang terbuka..entry ini bukan untuk anda sahaja tapi juga untuk aku yang sama seperti korang semua..sekian,

3 comments:

mieza mohamed :) said...

good job , acad :)
trimas atas nasihat. insyaAllah jadi bekalan dunia akhirat :))

acadbobo said...

sama2lah kite mencuba dalam mngeratkan persahabatan dan mengelakkan salah faham sesama kita, :)

Zul fattah said...

alahai.. kawan ni.. kita tak boleh pacaya spenuhnya.. sampai masa, dia akan jd lawan kita.. kalau berkawan pun,. berpadalah.. dan kalau bermusuh pun berpada2lah.. sebab dari musuhlah, kita kekal jd kawan sjati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...